Sunday, 5 April 2015

C.e.R.i.T.a c.E.r.I.t.A.k.U Part 3 & Kesinambungan C.I.N.T.A



Assalamualaikum w.b.t….:)
Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dua tiga hari ku menanti,
Baru hari ni ada peluang.

        Haa…berpantun pulak Cik yer..Dah setahun tak berBlog ape yang dinanti ape yg peluangnyer? Hahaha…apa lagi kalau lama dah tak mengarang(lama takda cerita eh..kn..) haa hari ni baru berkesempatan nak bercerita ni.

             Banyak sebenarnya cerita Cik ni tapi Cik nak cerita 1 kisah ni.. Ingat lagi tak entry sebelum ni (disember 2013 pnyer entry) Cik citer pasal orang datang merisik bagai tu..tak ingat sila baca balik hahaha (suka hati jaa)..nak dijadikan citer..kisahnyer..21 Feb 2015 tu Cik dah sah menjadi wife si Tunang...hihihi.. Cik tak bagitahu lagi si Tunang ni saper yang sebetulnya kan? Entry sebelum ni pun Cik tak bagitahu jugak (ni kena baca 1st entry Cik baru leh faham).

          Husband Cik ni a.k.a Si Tunang a.k.a Si Dia dalam entry C.I.N.T.A dalam kisah cerita ketiga…pehe dop? Hahah…maksud Cik…Husband Cik ni la..yang Cik pernah cerita dulu yang kenal terus nak jadikan wife dia..mula-mula kenal August 2012..jadi tunang August 2013(setahun kenal baru tunang) tunang lak setahun enam bulan then baru kahwin..ni dah bulan april baru sebulan dua minggu cam tu..total semua dua tahun tujuh bulan dua minggu dah kenal? Lama ke tak lama? (dah kira2 macam maths pulak heeee). Kalau ditengokkan  macam lama tapi Cik rasa macam baru kenal je semalam? Hihihi… Tu lah Cik pun tak sangka yang si Dia ni la orang yang pernah Cik bagi peluang untuk kenal sama2 bagi peluang akhirnya dah jadi En.Husband Cik..Alhamdulillah…
    Ni time kenduri kahwin sebelah Husband Cik kat Ipoh 21 Mac 2015

                                        Ni lak time Nikah kat tempat Cik 21 Februari 2015

Sekian saja la posting tuk hari ni :D
p/s Husband Cik cakap tukar Cik jadi Puan..macam pelik jaa? :P

2 comments: